NASA mempunyai beberapa misi dengan fokus khusus di angkasa. Salah satunya adalah Juno, yang bertujuan merakamkan planet Musytari, sekaligus memahami apa yang terdapat pada planet berkenaan.
Melalui gambar baharu yang dikongsikan melalui NASA, misi Juno pada 12 Januari 2022 lepas, turut telah merakamkan planet Musytari, bersama-sama dua bulannya, iaitu Io dan juga Europa.
Buat masa ini, rakaman masih dari peringkat jauh. Tetapi, kapal angkasa Juno dijangka akan terbang berhampiran sekitar September 2022 kelak dalam merakamkan bulan Europa dengan lebih dekat lagi. NASA juga menyasarkan misi untuk rakaman lebih dekat menjelang tahun 2023 dan 2024 kelak.