Carian
Speedtest : Kelajuan Muat-Turun Median Di Malaysia Pada Februari 2022 Adalah 25.72 Mbps Untuk Internet Mudah-Alih
March 22, 2022 Aman

Speedtest kini telah mengemaskini data bulanan mereka, memperlihatkan kelajuan median untuk internet mudah-alih di Malaysia pada Februari 2022, kini mencapai 25.72Mbps.

Angka ini memperlihatkan sedikit penurunan berbanding Januari 2022 lepas yang mana mencatatkan kelajuan median sekitar 26.91Mbps. Penurunan ini sekaligus membawa Malaysia kini berada pada kedudukan ke-72 di tangga Speedtest keseluruhan.

Dari segi muat-naik, ia mencatatkan kadar median sekitar 7.71Mbps, selain kadar pendam sekitar 28ms.

Speedtest telah beralih kepada penggunaan kadar median berbanding purata, kerana ia memperlihatkan angka taburan yang lebih tepat dalam mengetahui kelajuan yang dinikmati pengguna di sesuatu negara.

Komen