OnePlus Nord Watch Dilaporkan Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat
Effi Saharudin
Jam tangan pintar secara lazimnya dijual pada harga yang tinggi. Tetapi kelak OnePlus dilaporkan akan melancarkan jam tangan pintar pada harga yang lebih mampu milik. Jam yang menggunakan nama OnePlus Nord Watch ini dipercayai akan dilancarkan bersama dengan OnePlus Nord 3 kelak di India.

Harga jualannya pula adalah di antara ₹5,000-8000 (~RM275-440) seutas berbanding OnePlus Watch yang dijual pada harga RM699 di Malaysia. Tiada maklumat lain mengenai spesifikasi jam tangan ini kelak tetapi mungkin hadir dengan ciri standard mengesan nadi, mengesan oksigen dalam darah, penjejak tapak, paparan notifikasi telefon pintar dan banyak lagi.
[sumber] Sumber – 91Mobiles [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.