Jualan Peranti 5G Memintas Peranti 4G Buat Pertama Kali Januari Lalu

Diterbitkan pada Mac 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jualan peranti 5G di tahap global meminta jualan peranti 4G buat pertama kalinya pada Januari lalu menurut laporan Counterpoint Research. Pada bulan tersebut, 51% peranti yang terjual adalah peranti 5G dengan Amerika Utara, China dan Eropah Barat mencatatkan peningkatan jualan tertinggi berbanding pasaran lain.

Di Amerika Utara misalnya, peranti 5G menyumbang 73% jualan sementara di Eropah pula ia menyumbang 76%. Peningkatan jualan peranti 5G di peringkat global dibantu oleh pengenalan cip mampu milik MediaTek dan Qualcomm membolehkan ia dijual pada harga serendah $150 (~RM631). Pada waktu ini peranti amat mampu milik ini menyumbang kepada jualan 20% peranti 5G global.

[ sumber] Sumber – Counterpoint Research [/sumber]

komen


© Amanz / 2022 Kami