MySejahtera Kini Memaparkan Lencana Mengesahkan Identiti Dalam Aplikasi

Diterbitkan pada Mac 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DIKEMASKINI

MySejahtera telah memberikan sebab mengapa aplikasi kini mengesahkan akaun pengguna. Ini adalah bagi membolehkan pemegang akaun mendapatkan sijil vaksinasi yang sah. Terdapat sebilangan kecil pengguna yang berkata mereka masih belum menerima sijil vaksinasi selepas mendapatkan suntikan. Ini adalah kerana mereka masih belum mengesahkan akaun mereka. Jika terdapat butang merah “Sahkan Segera” di sebelah nama pengguna, sila kemas kini profil peribadi bagi mendapatkan pengesahan.

Berita asal di bawah.

Pengguna MySejahtera semalam menerima kejutan apabila label “sah” atau “verified” dipaparkan pada profil mereka. Pada waktu ini tidak diketahui mengapa ciri ini secara tiba-tiba diperkenalkan dengan pihak Kementerian Kesihatan masih belum memberikan sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

Besar kemungkinan ia dipaparkan untuk mengesahkan akaun pengguna memaparkan maklumat yang betul seperti di dalam rekod rasmi kerajaan. Beberapa bulan yang lalu wujud sindiket yang menghasilkan aplikasi MySejahtera yang diubahsuai bagi memaparkan maklumat status vaksinasi dan kesihatan pengguna yang palsu. Untuk melihat sama adan akaun anda sah ataupun tidak sila ke bahagian profil aplikasi MySejahtera sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami