Cari @ Amanz

Ada sesetengah telefon pintar dilancarkan khusus untuk sesuatu golongan pengguna. Antara yang kita selalu dengar adalah telefon pintar gaming dan yang memfokuskan kamera. Tetapi bagaimana jika seseorang itu memerlukan dan mementingkan lebih daripada satu fokus penggunaan? Adakah kita perlu memiliki lebih daripada satu telefon? Persoalan ini akan terjawab jika anda memiliki telefon pintar terbaru daripada Xiaomi, iaitu siri Xiaomi 12.

Untuk Produktiviti Harian Si Pekerja

Jika anda seorang yang mementingkan produktiviti harian, siri Xiaomi 12 ini dapat membantu kehidupan seharian anda. Ini kerana, siri telefon pintar ini menerima janaan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang berkuasa hasil teknologi 4nm yang dibawanya. Ia dapat beroperasi dengan laju dan lancar sekaligus memudahkan urusan seharian anda.

Saiz bateri juga penting untuk mengekalkan momentum produktiviti harian kita. Bayangkan jika tiba-tiba telefon pintar kita mati disebabkan kehabisan bateri, tentunya tugas-tugas yang melibatkan penggunaan telefon pintar akan terjejas dan anda juga perlu menunggunya dicas dahulu untuk sambung menggunakannya.

Tetapi jangan risau, dengan memiliki siri Xiaomi 12 kali anda boleh menikmati kehidupan seharian yang lebih baik. Ada dua model dibawah siri ini. Bateri sebesar 4,600mAh ditawarkan untuk model Xiaomi 12 Pro bersama teknologi pengecasan pantas 120W Xiaomi HyperCharge. Manakala bagi model Xiaomi 12 pula, ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 4,500mAh bersama pengecasan berwayar 67W dan turut menyokong pengecasan turbo nirwayar 50W. Melaluinya, anda tidak perlu risau lagi produktiviti harian anda terganggu.

Untuk Membantu Penggambaran Si Pencipta Karya

Jika anda gemar bergambar ataupun seorang juru gambar yang sangat mementingkan hasil rakaman yang berkualiti tinggi dengan pewarnaan yang jitu, siri Xiaomi 12 juga adalah telefon pintar yang akan memenuhi kriteria keperluan anda.

Xiaomi 12 Pro adalah model yang boleh anda pilih jika inginkan kamera berspesifikasi tinggi. Ia dilengkapi dengan tiga kamera 50MP, iaitu 50MP untuk rakaman utama, 50MP untuk rakaman telefoto dan 50MP untuk rakaman sudut ultra lebar. Bagi kamera hadapannya pula ditawarkan dengan lensa 32MP.

Manakala jika anda sudah berminat dengan siri Xiaomi 12 tetapi inginkannya pada harga yang sedikit rendah daripada Xiaomi 12 Pro, anda boleh pilih model Xiaomi 12 yang biasa. Hasil penggambarannya masih baik, kerana ia dilengkapi dengan gabungan lensa 50MP+13MP+5MP bersama kamera hadapan 32MP.

Terdapat banyak fungsi kameranya yang anda boleh gunakan untuk membantu menghasilkan gambar yang lebih baik. Antaranya adalah Xiaomi ProFocus, One-Click AI Cinema, Ultra Night Video yang berfungsi untuk membantu menghasilkan gambar yang jelas walaupun pada waktu malam dan juga beberapa lagi mod potret yang lain untuk menghasilkan kualiti gambar ala-ala studio profesional.

Untuk Tontonan Yang Mengasyikkan Oleh Si Penggemar Filem

Untuk anda yang gemar menonton filem di masa lapang pula, siri Xiaomi 12 dapat memberikan anda keseronokan yang mendalam sepanjang filem itu dimainkan. Ini kerana, Xiaomi 12 Pro merupakan telefon pintar Xiaomi pertama yang dilengkapi dengan empat pembesar suara, yang dibawakan oleh SOUND BY Harman Kardon. Pembesar suara ini dikatakan mampu untuk mengeluarkan audio yang lebih jelas walaupun dipasang pada kelantangan yang tinggi.

Bagi Xiaomi 12 pula, dua pembesar suara diletakkan padanya yang turut dibawakan oleh SOUND BY Harman Kardon. Audionya juga turut dibantu oleh Dolby Atmos untuk menyampaikan kualiti yang baik dari kelasnya.

Untuk mendapatkan tontonan yang lebih mengasyikkan, kualiti skrin juga memainkan peranan yang penting. Bagi Xiaomi 12 Pro, ia dibina dengan rekaan skrin WQHD+ Dynamic dengan paparan 120Hz AMOLED. Manakala, Xiaomi 12 pula didatangkan dengan paparan 120Hz AMOLED yang juga dapat memberikan kualiti tontonan yang menyeronokkan.

Untuk Tingkatkan Keyakinan Bergaya Si Penggemar Fesyen

Bukan sekadar spesifikasi, siri Xiaomi 12 kali ini juga membawakan rekaan yang menarik dan sesuai untuk dibawa bergaya kemana-mana. Saiznya nipis dan selesa dipegang atau diletakkan dalam poket. Xiaomi 12 Pro membawakan rekaan skrin bersaiz 6.73 inci dengan lengkungan 3D di bahagian sisi, sementara Xiaomi 12 pula bersaiz 6.28 inci dan hanya senipis 69.9 mm sahaja. Kedua-dua model ini ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu kelabu, ungu dan juga biru. Jadi, anda boleh memilihnya mengikut warna kegemaran anda untuk dipadankan dengan gaya penampilan anda setiap hari.

Untuk Kemudahan Bergerak Si Pengembara

Semestinya jika kita pergi bercuti kemana-mana, kita akan mengambil banyak gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Dengan siri Xiaomi 12, anda dapat menghasilkan pelbagai jenis rakaman menarik dengan kamera 50MP-nya, senang dibawa kemana-mana dengan rekaannya yang nipis dan senang dipegang, serta ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti sehingga 4600mAh yang turut menyokong pengecasan pantas.

Kesimpulan

Jadi anda berminat dengan siri Xiaomi 12 ini untuk kegunaan yang mana satu? Untuk pengetahuan anda, siri telefon pintar ini sudahpun mula dijual di pasaran Malaysia melalui kedai sah Xiaomi, MiStore dan juga kedai atas talian mereka di Lazada dan Shopee. Bagi anda yang inginkan Xiaomi 12 Pro untuk variasi 12GB+256GB, anda boleh membelinya pada harga RM3899. Manakala bagi Xiaomi 12 variasi 8GB+236GB, anda boleh dapatkannya pada harga RM2999 sahaja. Untuk setiap pembelian ini, anda boleh dapatkan 3 tahun kemaskini Android OS, 4 tahun kemaskini sekuriti, 1+1 jaminan peranti bernilai RM499 dan juga 1 gantian skrin secara percuma untuk 6 bulan pertama pembelian. Bagi setiap pembelian ini, anda turut boleh dapatkan Xiaomi Soundbar 3.1ch dengan potongan harga 50% dan ia akan dihantar ke rumah anda. Beli sekarang sementara promosi dan stok masih ada.

Penafian : Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd