Cari @ Amanz

Realme Buds Air 3 Bakal Turut Diperkenalkan Di Malaysia Pada 24 Mac 2022

Link Copied!

Realme merupakan sebuah jenama yang sering mensasarkan kepada golongan remaja atau belia dengan menawarkan kebanyakan peranti berharga mampu milik. Dalam perkembangan baharu, Realme Malaysia telah menjadualkan satu acara pelancaran produk baharu pada 24 Mac 2022. Melaluinya, Realme GT2 Pro bakal diumumkan yang mana merupakan salah satu peranti terkini yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia jenama berkenaan.

Sungguhpun begitu, acara berkenaan nampaknya tidak hanya terhad kepada pelancaran peranti pintar sahaja. Sebaliknya, aksesori audio Realme turut bakal dikemaskini. Melaluinya, Realme Buds Air3 bakal diumumkan dan ia dilihat hadir dengan rekaan seumpama pendahulunya.

Ia lengkap dengan rekaan fon telinga dalam telinga bertangkai dengan putik silikon. Selain daripada itu, ia turut dipadankan dengan kemasan tubuh berkilat dan pod pengecas berbentuk bujur. Realme turut menjanjikan pengalaman penggunaan mencapai 24 jam lamanya dan tersedia dalam dua pilihan warna seperti biru dan putih.

Setakat artikel ini ditulis, fon telinga ini masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran. Namun begitu, Realme China telah menjadualkan sebuah acara pelancaran pada hari ini (22 Mac 2022) yang mana kita bakal menyaksikan pelancaran untuknya dan juga Realme GT Neo 3. Untuk penawaran lanjut mengenai kedua-dua peranti, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya.

Sumber : Realme Malaysia


Komen ()