Carian
Waymo Dikatakan Bersedia Untuk Menawarkan Perkhidmatan Robo-Taxi Di San Francisco
March 22, 2022 Nazrin

Waymo ialah salah satu anak syarikat Alphabet yang membangunkan teknologi swapandu yang kini sedang diuji di beberapa bandar di Amerika Syarikat. Terkini, ia dilaporkan bahawa syarikat tersebut sudahpun bersedia untuk menawarkan perkhidmatan pemanduan swapandu mereka sendiri di bandar San Francisco.

Sebelum ini Waymo sudahpun dilihat menawarkan perkhidmatan tersebut kepada sejumlah pelanggan di bandar tersebut, cuma bezanya ialah sebelum ini kenderaan-kenderaan ini hadir dengan pemandu keselamatan yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kenderaan tersebut sentiasa selamat dinaiki.

Waymo dilihat menggunakan kenderaan Jaguar yang dimuatkan dengan sistem swapandu mereka, dan ujian pemanduan kini sedang dilakukan dengan memberikan sejumlah kecil pengguna perkhidmatan robo-taxi secara percuma di kawasan-kawasan tertentu.

Teknologi swapandu Waymo dikatakan kini sudah cukup bersedia untuk membenarkan pemanduan swapandu sebenar tanpa memerlukan sesiapa di belakang roda stereng, dan telahpun mula menerima permit daripada California Public Utilities Commission untuk membolehkan mereka memulakan perkhidmatan robo-teksi ini dengan sepenuhnya.

Komen