Carian
Kini Microsoft Pula Digodam Oleh LAPSUS$
March 22, 2022 Nazrin

Jika anda mengikuti perkembangan berita sekuriti sepanjang 2-3 minggu ini, anda akan tahu mengenai kumpulan penggodam LAPSUS$ yang telah menggodam sejumlah syarikat-syarikat teknologi besar seperti NVIDIA, Samsung, Kaspersky dan sebagainya.

Mangsa terkini kumpulan penggodam tersebut nampaknya ialah Microsoft, syarikat perisian terbesar di dunia sekarang. LAPSUS$ dikatakan telah menunjukkan tangkapan layar untuk beberapa folder yang dikatakan mengandungi kod sumber untuk beberapa perisian mereka seperti Bing dan juga Cortana.

LAPSUS$ juga dikatakan mempunyai pelbagai kod sumber Microsoft yang lain, dan dilihat akan memaparkan lebih banyak lagi rahsia Microsoft di masa akan datang. Microsoft dilaporkan juga sedar mengenai ketirisan maklumat rahsia syarikat ini, dan sedang menyiasat bagaimana ia berlaku.

Komen