Carian
Realme Narzo 50A Prime Turut Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
March 22, 2022 Amy Maizuraa

Dalam usaha memperluaskan lagi penawaran produknya di Malaysia, Realme dilihat mempunyai perancangan lain untuk hadir dengan peranti baharu lagi. Memetik perkongsian oleh Shopee di Facebook rasminya, peranti pintar berkenaan adalah Realme 50A Prime dan ia akan mula tersedia pada 25 Mac 2022.

Menarik mengenainya, mana-mana pembelian yang dibuat di antara tarikh 25 – 26 Mac 2022 bakal menerima Realme Buds 2 Neo secara percuma. Buat masa ini, peranti sekadar disenaraikan sahaja dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui.

Setakat artikel ini ditulis, Realme Narzo 50A Prime masih belum dilancarkan secara rasmi. Namun begitu, peranti dilihat telah sedia tersenarai di laman Realme Indonesia berserta beberapa spesifikasi utama padanya. Ia menunjukkan peranti hadir dengan skrin sebesar 6.6-inci dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc T612, sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP, bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W dan tubuh berkotak bersama skrin rata.

Komen