Samsung Galaxy Z Flip 3 5G Adalah Peranti Pintar Boleh Lipat Paling Laris Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Mac 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasaran peranti boleh-lipat dilihat mengalami pertumbuhan positif dengan merekodkan penghantaran kumulatif mencapai 9 juta unit pada tahun 2021. Daripada jumlah itu, sebanyak 8 juta unit telah terjual, sekaligus menyumbang 89% daripada jumlah penghantaran pada tahun yang sama. Data ini diperoleh daripada perkongsian firma analisis Omdia.

Huawei Mate X
Huawei Mate X

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Samsung merupakan salah satu pengeluar terbesar yang sememangnya terkenal dengan penawaran peranti sebegini. Malahan, lima model peranti pintar boleh-lipat daripada jenama tersebut telah tersenarai dalam kelompok paling laris untuk tahun lalu. Melaluinya, Samsung Galaxy Z Flip 3 5G adalah model paling laris dengan catatan sebanyak 4.6 juta penghantaran, sekaligus menyumbang sebanyak 52% daripada pasaran telefon pintar boleh lipat pada tahun 2021.

Samsung Galaxy Z Flip3

Di kedudukan kedua carta pula adalah Samsung Galaxy Z Fold 3 5G dengan jumlah kumulatif penghantaran mencapai 2.5 juta. Ia kemudiannya diikuti oleh Huawei MateX2, Samsung Galaxy Z Flip 5G dan Samsung Galaxy Z Fold 2 5G dalam kedudukan lima teratas seperti yang dikongsi oleh laporan oleh Omdia ini. Dalam pada itu, walaupun 11 senarai utama di dominasi oleh Samsung dan Huawei, namun peranti lipat keluaran Oppo iaitu Oppo Find N turut sama mendapat tempat dalam carta tersebut. Ia berikutan pengenalan Oppo Find N telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna dan permintaan terdapatnya adalah melebihi permintaan.

Oppo Find N & Samsung Galaxy Z Fold3

Pasaran peranti pintar boleh-lipat dijangka terus meningkat dengan ketara dari masa ke semasa. Pada masa sama, segmen peranti boleh-lipat juga dijangka menduduki tangga tertinggi dalam barisan telefon pintar pada masa akan datang. Tambahan pula, kita bakal melihat lebih banyak pengeluar yang bakal hadir dengan peranti sebegini dalam masa terdekat ini.

Sumber : Laporan Omdia, PhoneArena

komen


© Amanz / 2022 Kami