Cari @ Amanz

Papan Kekunci ASUS ROG Strix Flare II Animate Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM799

Oleh Nazrin

Link Copied!

Jenama ASUS Republic of Gamers cukup terkenal untuk siri komponen, peranti dan aksesori gaming mereka, dan kini, salah satu papan kekunci yang ditunggu-tunggu ramai, iaitu ASUS ROG Strix Flare II Animate baru sahaja ditawarkan di pasaran tempatan.

Papan kekunci bersaiz penuh ini hadir dengan tiga pilihan suis, termasuklah ROG NX Brown (taktil), Red (linear) dan Blue (taktil). Selain daripada tiga pilihan suis ini, diantara ciri utama papan kekunci ini juga ialah ia hadir dengan ciri hotswap, dimana pengguna boleh menukar suis-suis ini dengan cepat dan mudah.

Perlu diingatkan juga bahawa walaupun begitu, papan kekunci ini hanya menyokong suis kekunci dengan tiga pin sahaja, jadi pilihan suis yang boleh digunakan bersama-sama papan kekunci ini boleh dikatakan agak terhad, melainkan anda sanggup memotong dua kaki plastik suis kekunci lima kaki anda.

Ia juga hadir dengan sokongan AniMe matrik di bahagian sisi atas papan kekunci ini, termasuklah butang-butang multimedia yang boleh digunakan untuk mengawal pelbagai jenis kandungan yang dimainkan pada komputer anda, dan sistem pencahayaan RGB yang juga boleh dikawal menggunakan perisian terbina.

Papan kekunci ini kini boleh dibeli melalui kedai atas talian ASUS Malaysia di Shopee pada harga RM799.


Komen ()