Cari @ Amanz

Realme Narzo 50A Prime Dilancarkan Dengan Unisoc T612, Kamera 50MP

Link Copied!

Selain daripada Realme GT Neo3, barisan peranti di bawah siri Narzo turut menerima kemaskini model baharu. Melaluinya, Realme Narzo 50A Prime telah diumumkan secara rasmi di Indonesia, sebentar tadi. Ia merupakan sebuah peranti dengan janaan cip Unisoc T612 dan bateri besar berkapasiti 5,000mAh.

Untuk spesifikasi khusus, Realme Narzo 50A Prime menggunakan skrin sebesar 6.6-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula standard. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc T612, memori 4GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 18W.

Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP (B&W) + 2MP (makro), sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, slot sim dengan tiga ruangan berbeza, port sambungan USB-C, menjalankan Relme UI R edition, bluetooth 5.0 dan sebagainya.

Untuk harga, Realme Narzo 50A Prime dijual pada harga bermula IDR1,799,000 (~RM529) (4GB/64GB) dan IDR1,999,000 (~RM587) (4GB/128GB). Peranti ini juag telah disahkan bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Sama-sama nantikan bagi melihat penawaran harga jualan pasaran tempatan kelak.


Komen ()