Cari @ Amanz

Realme Buds Air 3 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Mencapai 30 Jam

Link Copied!

Barisan aksesori audio Realme turut dikemaskini dengan penawaran produk baharu. Melaluinya, Realme Buds Air 3 telah diumumkan dengan rekaan fizikal seumpama pendahulunya. Di mana, set fon telingan ini hadir dengan rekaan dalam telinga bertangkai, di samping lengkap dengan pod pengecas berbentuk bujur.

Seterusnya, sepasang pemandu audio bersaiz 10mm dengan padanan dua mikrofon terbina turut digunakan. Sistem pembatalan aktif yang disertakan mampu mengurangkan hingar sehingga 42dB. Bagi memudahkan perbualan, mod transparensi juga boleh diaktifkan oleh pengguna. Menurut Realme, fon telinga boleh bertahan sehingga 30 jam lamanya dengan bantuan pod pengecas.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pengecasan semula menggunakan port USB-C, melepasi piawaian IPX5, tambatan pantas menerusi bluetooth 5.2 dan sebagainya. Di China, Realme Buds Air 3 dijual pada harga RMB349 (~RM231) untuk seunit. Fon telinga ini juga telah disahkan bakal hadir ke Malaysia pada 24 Mac ini. Sama-sama nantikan bagi melihat penawaran harga untuk pasaran tempatan kelak.


Komen ()