Sewaktu pelancaran Galaxy S22 tempoh hari, Samsung turut melancarkan promosi jam tangan pintar mereka iaitu siri Galaxy Watch4 yang telah hadir dengan pelbagai fungsi baharu, berbanding versi terdahulu.
Jika anda seorang yang mementingkan gaya hidup aktif dan cergas, fungsi baharu yang wujud pada siri Galaxy Watch4 berikut pastinya menarik minat anda untuk memiliki jam tangan pintar ini.
Body Composition – Membantu Pengguna Mencapai Komposisi Badan Yang Sihat

Memiliki komposisi badan yang seimbang merupakan salah satu kayu ukur kesihatan peribadi. Siri Galaxy Watch4 telah memperkenalkan penggunaan Body Impedance Analysis yang mengira peratusan lemak badan, rangka otot, berat badan ideal dan pelbagai lagi.
Menggunakannya, anda boleh menetapkan sasaran bagi berat badan ideal, atau jika anda ingin mengurangkan peratusan lemak badan, malah turut boleh menetapkan sasaran jika anda ingin membina otot bagi mendapatkan tubuh yang sasa.
Sleep Coaching Program – Membimbing Pengguna Mendapatkan Tabiat Tidur Yang Sihat
Tahukah anda, kesihatan yang baik juga boleh dicapai menerusi tabiat tidur yang baik. Jika jam tangan pintar yang lain berupaya menjejak kualiti tidur, siri Galaxy Watch4 ini akan melatih dan membimbing anda supaya mempunyai tabiat tidur yang lebih baik.

Mulanya, siri Galaxy Watch4 ini akan menjejak corak tidur anda selama tujuh hari dan mengambilkira pendapat anda berkenaan tabiat tidur anda. Kemudian, ia akan membimbing anda selama empat hingga lima minggu bagi mendapatkan tidur yang bagus.
Program bimbingan tabiat tidur ini juga akan memberikan misi, senarai semak, panduan meditasi, serta laporan harian yang boleh memberikan kefahaman kepada pengguna mengenai tabiat tidur mereka. malah, terdapat lapan jenis binatang sebagai simbolik kepada tabiat tidur pengguna, membantu memudahkan pemahaman dan mendapatkan tabiat tidur yang lebih sihat.

Paparan Antaramuka Baharu Menyerlahkan Personaliti Pengguna
Siri Galaxy Watch4 yang baharu juga turut membawakan paparan antaramuka baharu yang pelbagai. Malah, ia juga boleh disesuaikan dengan tali jam bagi menyerlahkan keperibadian.

Dan dengan paparan antaramuka baharu ini juga, terdapat kawalan kamera serta kawalan aplikasi PowerPoint, membolehkan anda melakukan pembentangan dan mengawalnya dengan mudah serta tampak lebih elegan.
Jika anda mencari jam tangan pintar dengan fokus kesihatan, siri Samsung Galaxy Watch4 ini menawarkan pelbagai fungsi dan kebolehan, dengan harga yang boleh dikatakan berbaloi.
Jam tangan pintar siri Galaxy Watch4 dengan kemaskini terbaharu ini boleh dibeli di laman rasmi Samsung Malaysia, serta pengedar bertauliah Samsung di seluruh Malaysia. Galaxy Watch4 dijual pada harga RM 899 manakala Galaxy Watch4 Classic dijual pada harga RM 1,299.
- Beli: Samsung Galaxy Watch4
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia