Cari @ Amanz

Motorola telah pun membawa masuk peranti mercu berasaskan Snapdragon 8 Gen 1 sebelum ini, dan kini turut menambah satu lagi peranti untuk pasaran tempatan dibawah penawaran spesifikasi asas dengan sokongan 5G, iaitu Motorola G51.

Motorola G51 hadir dengan skrin 6.8-inci dengan kadar segar semula mencapai 120Hz, dijana cip Snapdragon 480, memori 4GB RAM, dan storan 128GB.

Telefon ini turut dilengkapi kamera utama 50-megapixel dibelakang, disertakan bersama kamerea 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Untuk rakaman swafoto pula, ia menyertakan kamera 13-megapixel.

Dari segi bateri, ia hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan sehingga 20W.

Motorola Malaysia kini membuka pra-tempahan untuknya sehingga 28 Mac 2022 kelak, dimana peranti ini ditawarkan pada harga RM899 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd