Syarikat Sebalik NFT “Bored Ape Yacht Club” Kini Bernilai RM16.87 Bilion, Mengesahkan Projek Metamesta

Diterbitkan pada Mac 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yuga Labs, syarikat disebalik projek NFT popular, “Bored Ape Yacht Club”, termasuk CryptoPunks dan Meebits, hari ini mengumumkan berjaya meraih suntiikan daa berjumlah $450 juta (~RM1.897 bilion), sekaligus menilaikan syarikat mereka pada $4 bilion (~RM16.87 bilion).

Yuga Labs kini boleh dikatakan antara syarikat yang bernilai tinggi pada arena NFT, dan telah menjadi salah satu fokus ramai dengan penawaran sejumlah watak NFT.

Yuga Labs sendiri mengatakan mereka kini menjadi salah satu syarikat yang memfokuskan budaya web3, permainan, dan juga hiburan. Watak yang dijual turut diberikan kebebasan dari segi hak untuk digunakan dalam sebarang perkara oleh pemilik. Ini membuatkan beberapa pembeli turut menggunakannya untuk tujuan pemasaran produk mereka tersendiri.

Dengan suntikan dana baharu ini, Yuga Labs dijangka akan terus menarik kemahiran kreatif ke syarikat mereka.

Baru-baru ini juga, Yuga Labs telah memperlihatkan penyertaan mereka dalam arena metamesta melalui projek dinamakan Otherside, yang akan dijana oleh token kriptowang mereka tersendiri dinamakan Apecoin.

komen


© Amanz / 2022 Kami