Tab Filem Dan TV Akan Dibuang Daripada Play Store – Fokus Sepenuhnya Pada Google TV

Diterbitkan pada Mac 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google TV adalah pelancar untuk Android TV yang tersedia pada televisyen terpilih serta peranti terpilih. Ia menawarkan rekaan antaramuka serba baharu serta memuatkan banyak ciri dan fungsi menarik di samping memfokuskan kepada penggunaan carian, Google Assistant dan pembelajaran mesin untuk belajar corak penggunaan pengguna.

Tetapi dalam peranti Android, Google TV adalah aplikasi baharu menggantikan Google Play Movies & TV. Aplikasi ini sudah pun sedia terpasang dan ia adalah tempat di mana pengguna boleh membeli atau menyewa kandungan seperti filem dan siri TV. Dalam Play Store turut tersedia tab khas “Movies & TV” untuk mencari kandungan ini. Kelak, Google akan membuang tab ini terus daripada Play Store dan pengguna tidak lagi boleh melakukan carian atau beli/sewa melaluinya.

Google akan fokus sepenuhnya kepada aplikasi Google TV. Dengan aplikasi ini sahaja pengguna boleh membuat carian, beli, sewa dan lain-lain lagi berkenaan filem, siri TV, dokumentari. Perubahan ini tidak akan menjejaskan apa yang sudah pengguna miliki atau sewa, segala pulangan wang, bayaran menggunakan kredit Google Play juga masih kekal – cuma ia kini asing sepenuhnya.

Play Store kini adalah gedung aplikasi untuk aplikasi, permua dan buku digital sahaja. Google dilihat mengikut apa yang Apple telah lakukan sejak bertahun lalu, iaitu gedung aplikasi lain dengan App Store dan gedung kandungan hiburan lain melalui aplikasi Apple TV.

Sumber: Google Support

komen


© Amanz / 2022 Kami