Cari @ Amanz

Suzuki, salah satu pengeluar kenderaan Jepun, kini mengumumkan kerjasama dengan SkyDrive, dan menyasarkan untuk memasuki arena kereta terbang.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan melakukan kajian, penyeledikkan, dan turut mengeluarkan serta mengkomersilkan kenderaan terbang.

Buat masa ini, SkyDrive sedia dalam pembangunan kereta terbang mereka tersendiri, dan menyasarkan menawarkan khidmat teksi udara menjelang 2025 kelak.

Suzuki mengatakan dengan kerjasama ini, mereka menyasarkan perniagaan kereta terbang akan menjadi salah satu perniagaan utama mereka – selain kereta dan motosikal.

Sebelum ini, di Malaysia, pihak AirAsia turut telah mengumumkan hasrat untuk perkenal perkhidmatan teksi terbang, berkemungkinan seawal 2025 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd