Carian
Apple iPhone 15 Akan Akhirnya Menggunakan Kamera Bawah Skrin
March 23, 2022 Effi Saharudin

Lagi ura-ura mengenai iPhone yang belum dilancarkan muncul hari ini dan kali ini ia berkenaan penggunaan kamera bawa skrin. Menurut laporan The Elec, sistem kamera bawa skrin akan digunakan pada iPhone 15 pada tahun 2023.

Samsung Display dan OTI Lumionics dipercayai akan membekalkan teknologi ini pada iPhone 15 dengan ia terlebih dahulu digunakan pada Galaxy Z Fold5. Kesemua kamera swafoto dan sensor yang diperlukan untuk sistem Face ID dipercayai akan dapat disorokkan di belakang panel OLED menerusi teknologi baharu ini kelak.

Komen