Carian
Sonos Bakal Hadir Dengan Sistem Operasi Untuk Televisyen Pintar
March 23, 2022 Fahim Zahar

Sonos adalah jenama yang amat terkenal dalam industri audio. Harga jualan produk mereka kebanyakannya dalam kategori premium dan produk yang dilancarkan dalam pengalaman kami mempunyai pengalaman penggunaan yang memuaskan.

Terkini, Sonos dilihat mungkin akan bersaing dalam industri televisyen pintar pula dengan bakal melancarkan sistem operasi untuk teater dalam rumah – Sonos Home Theater OS.

Nick Millington selaku ketua pegawai inovasi, menerbit carian kerja di LinkedIn untuk mencari rakan eksekutif untuk menjayakan projek teater di rumah ini. Selain itu beliau turut mencari ketua UX pengalaman rumah teater generasi baharu yang berpengalaman dalam televisyen, kandungan digital serta pengiklanan.

Sumber turut menyatakan yang Sonos mungkin juga akan bekerjasama dengan pengeluar televisyen untuk mengintegrasikan teknologi audio mereka. Adakah pembesar suara Sonos kelak akan ada sistem operasi tersendiri seperti beberapa pembesar suara dan set teater rumah yang ada Google TV?

Sama-sama kita nantikan.

Komen