Carian
U Mobile Hadir Dengan Pelan Pascabayar Sedia 5G – RM38 Sebulan, Data 30GB, Panggilan Tanpa Had
March 23, 2022 Aman

U Mobile kini hadir dengan sebuah lagi pelan pascabayar baharu, dinamakan U Mobile Postpaid 38.

Seperti pada namanya, ia menawarkan pelan pada harga bulanan RM38, dimana ia hadir dengan data sebanyak 30GB, selain sokongan panggilan suara tanpa had.

U Mobile mengatakan pelan ini sedia untuk 5G – dan boleh digunakan apabila rangkaian berkenaan diperkenalkan kelak.

Sebaik sahaja data bulanan habis digunakan, kelajuan akan dikurangkan kepada 64kbps. Apa pun, pengguna masih boleh membeli data tambahan pada harga RM10 utuk 5GB bagi penggunaan selama 3 hari.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman U Mobile hari ini.

Komen