Cari @ Amanz

Twitter Untuk iOS Kini Boleh Merakam GIF Terus Daripada Kamera Peranti

Link Copied!

Twitter kerap menawarkan ciri dan fungsi baharu untuk pengguna mereka. Lebih-lebih lagi pengguna iOS yang kerap menerima ciri baru lebih awal berbanding pengguna Android.

Baru-baru ini Twitter telah mengemaskini aplikasi untuk iOS mereka, yang mana pengguna boleh terus merakam GIF daripada kamera peranti. Secara tidak langsung ciri ini membolehkan pengguna mencipta GIF asli tersendiri untuk dikongsi kepada orang ramai.

Hanya buka aplikasi Twitter, tekan ikon tambah “+”, tekan ikon kamera dan akan ada GIF sebagai pilihan lalai. Rakam detik yang diingini, sebelum diciap akan ada pilihan rakam semula atau terus gunakannya sebagai GIF.

Ciri ini dilihat sudah pun muncul pada iPhone kami di pejabat Amanz dalam kemaskini terkini. Bagi pengguna Android, masih tidak pasti jika Twitter akan berikannya ataupun ini adalah ciri eksklusif.


Komen ()