Carian
Steam Kini Boleh Dimuat Turun Pada Chromebook Acer, Asus, HP Dan Lenovo Terpilih
March 23, 2022 Fahim Zahar

Minggu lepas, Steam untuk Chrome OS akhirnya diumumkan. Ia masih lagi di peringkat awal dan berada dalam fasa Alpha – Steam Alpha. Ia juga terhad kepada Chrome OS Dev pada Chromebook terpilih sahaja. Sewaktu diumumkan, Steam masih boleh dimuat turun sehinggalah hari ini.

Laman Chromium telah mengedarkan Chrome OS Dev terkini dengan senarai Chromebook yang menyokong Steam ini. Berikut adalah senarai peranti;

  • Acer Chromebook 514 (CB514-1W)
  • Acer Chromebook 515 (CB515-1W)
  • Acer Chromebook Spin 713 (CP713-3W)
  • ASUS Chromebook Flip CX5 (CX5500)
  • ASUS Chromebook CX9 (CX9400)
  • HP Pro c640 G2 Chromebook
  • Lenovo 5i-14 Chromebook

Syarat lain adalah, Chromebook perlu dijana dengan cip pemprosesan Intel Core i5 atau i7 generasi ke-11 bersama cip grafik Intel Iris Xe Graphics dan memori 8GB RAM. Chromium turut menjelaskan yang peranti dengan Intel Core i3 dengan 4GB RAM tidak boleh memuat turun Steam. Kemudian peranti dengan memori 8GB RAM jika permainan memerlukan minima 6GB RAM akan ada masalah dalam permainan dan permainan dengan resolusi lebih tinggi daripada 1080p akan ada masalah prestasi.

Setakat ini berikut adalah antara senarai permainan yang disokong;

  • Portal 2
  • Team Fortress 2 (multi-core rendering perlu dimatikan)
  • Stardew Valley
  • Sid Meier’s Civilization V
  • Cuphead, Kerbal Space Program
  • Untitled Goose Game.
  • Senarai permainan lain boleh dilihat di sini.

Apakah pendapat anda dengan Google memfokuskan permainan video untuk Chromebook mereka?

Komen