Cari @ Amanz

Google baru-baru ini turut berkongsi yang Google Photos untuk telefon pintar akan mengalami perubahan antaramuka yang akan memudahkan lagi pengguna. Berdasarkan apa yang mereka kongsi, aplikasi Google Photos kelak akan berfungsi lebih seakan aplikasi galeri biasa.

Perubahan ini dilihat berlaku pada tab perkongsian dan pustaka (Sharing/Library). Pada bahagian pustaka album, gambar kegemaran, folder dalam peranti akan dipaparkan dalam bentuk grid atau senarai serta ia boleh disusun mengikut kategori. Pada bahagian perkongsian pulan ia dibahagikan kepada perbualan, album yang dikongsi serta rakan yang diberikan akses bersama.

Akhirnya juga, Google Photos akan tahu tangkapan layar yang ada dalam peranti dan tidak akan melakukan sandaran secara automatik. Dalam aplikasi akan ada cadangan terpapar serta kemampuan menyalin teks daripada dalam gambar, terus pangkas, atau melakukan carian dalam Google Lens.

Google Photos juga kelak akan menyokong import gambar daripada perkhidmatan storan lain, muat naik terus daripada kamera atau mendigitalkan gambar atau filem fizikal. Ciri baharu ini akan diedarkan kepada pengguna Android dalam masa terdekat dan pengguna iOS pula hanya akan menyokong pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd