Carian
Samsung Galaxy M53 5G Mungkin Dilengkapi Dengan MediaTek Dimensity 900
March 23, 2022 Amy Maizuraa

Samsung sedia hadir dengan sejumlah model di bawah siri Galaxy M. Kebanyakannya daripadanya sering memberi tumpuan kepada penawaran bateri bersaiz besar, di mana boleh mencapai 7,000mAh. Tidak dinafikan, penawaran peranti seumpamanya diminati oleh ramai pengguna yang memerlukan tenaga bateri yang tinggi setiap hari.

Samsung Galaxy M52

Terkini, timbul desas-desus baharu mengenai kewujudan Samsung Galaxy M53 5G. Spesifikasi peranti turut sama tertiris dalam satu ciapan di twitter. Ia menunjukkan peranti berkemungkinan diumumkan sebagai sebuah peranti 5G dengan janaan cip MediaTek Dimensity 900. Bersama-sama dengannya, ia turut dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

Paparan yang digunakan pula adalah sejenis Super AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dilengkapi sistem kuad-kamera dengan tetapan 108MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 32MP. Bater sebesar 5000mAh dengan sistem pengecasan berkuasa output 25W.

Namun begitu, ia tidak akan disertakan dengan kepala pengecas di dalam kotak pembelian.
Setakat ini, tidak diketahui bilakah peranti pintar ini akan diumumkan. Tetapi, kita boleh menyasarkan ia bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, disebabkan oleh ketirisan ini.

Komen