Carian
Butiran Kad Grafik NVIDIA Ada Lovelace Tertiris Ke Arena Web
March 23, 2022 Nazrin

NVIDIA dijangka akan memperkenalkan siri kad grafik terbaru mereka sekitar tahun ini, dan selepas Ampere digunakan untuk kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 3000, kad grafik seterusnya, yang dijangka ialah GeForce RTX 4000 akan hadir dengan kod nama Ada Lovelace.

Melalui tangkapan layar yang dilihat pada laman web HWiNFO, NVIDIA dilihat sedang menyediakan cip-cip pemprosesan grafik AD102, AD103, AD104, AD106, and AD107 yang dilihat akan menguasakan kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 sehingga RTX 4090.

Butiran lanjut mengenai cip pemprosesan grafik Ada Lovelace ini tidak begitu diketahui lagi, cuma cip AD102 dikatakan akan hadir dengan jumlah teras yang dikatakan adalah 75 peratus lebih banyak daripada apa yang ditawarkan pada cip GA102 yang digunakan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090.

Jika NVIDIA mengikuti jadual pelancaran kad grafik Ampere sebelum ini, ia dijangka bahawa mereka akan melancarkan siri kad grafik RTX 4000 ini pada suku ketiga tahun ini.

Komen