Carian
YouTube Mula Menawarkan Penstriman Siri TV Percuma Dengan Sokongan Iklan
March 23, 2022 Effi Saharudin

Beberapa percubaan YouTube sebelum ini untuk menjadi platform penstriman kandungan asli tidak berjaya. Maka langkah seterusnya mungkin menjadi platform penstriman kandungan percuma dengan sokongan iklan pula. Hari ini YouTube mula menawarkan penstriman beberapa siri TV seperti  Hell’s KitchenAndromedaHeartland dan banyak lagi secara percuma di Amerika Syarikat.

Lebih 4000 episod pelbagai siri TV boleh distrim percuma dengan sokongan iklan. Dengan penawaran ini mereka menambah sokongan menstrim filem secara percuma dengan iklan yang ditawarkan sebelum ini juga hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat. Kesemua kandungan ini boleh diakses menerusi laman web, aplikasi telefon pintar dan aplikasi televisyen pintar.

Dengan pelbagai isu pelesenan, penawaran yang sama untuk penonton di Malaysia mungkin tidak akan ditawarkan. Oleh itu jika anda ingin juga mengakses ciri ini, sila gunakan perkhidmatan VPN.

Komen