Carian
Sebanyak 4,000 CCTV Digunakan Di Kuala Lumpur Untuk Pantau Banjir
March 23, 2022 Aman

DBKL sedia memasang sekitar 4000 unit CCTV sekitar Kuala Lumpur sehingga kini, dan turut digunakan untuk tujuan memantau kenaikkan air di lokasi-lokasi sekitar pusat bandaraya.

Dengan langkah ini, bantuan awal dapat disegerakan, selain mengambil beberapa langkah proaktif yang lain. Ini juga membolehkan tindakan serta merta, jangka pendek dan jangka panjang diambil.

Disamping itu, DBKL juga akan menambah 1000 unit CCTV lagi sekitar kawasan mudah banjir – dan dijangka akan siap dipasang pada Jun kelak.

DBKL juga sedia mempunyai Kuala Lumpur Command & Control Centre sebagai pusat sehenti untuk memantau pelbagai lokasi seluruh negara untuk pelbagai aktiviti.

Komen