Cari @ Amanz

EVGA Malaysia Memperlihatkan Kemaskini Harga Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 Mereka

Oleh Nazrin

Link Copied!

Selepas ZOTAC dan ASUS Malaysia memperlihatkan penurunan tanda harga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 mereka, kini tiba giliran sebuah lagi jenama pengeluar komponen komputer, iaitu EVGA.

Sun Cycle, pengedar komponen dan aksesori komputer dilihat telah mengemaskini tanda harga kad-kad grafik EVGA, dari NVIDIA GeForce RTX 3060 sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 3090 yang sangat berkuasa.

Kad-kad grafik seperti EVGA GeForce RTX 3060 XC Gaming V2 misalnya memperlihatkan penurunan harga dari RM2499 ke RM1969, dan EVGA RTX 3080 XC3 Ultra Gaming LHR memperlihatkan penurunan harga dari RM5099 ke RM4239.

Senarai penuh kemaskini harga kad-kad grafik EVGA adalah seperti yang diatas, dan sekiranya anda berminat untuk membeli komponen ini, anda boleh melayari laman web ini untuk melihat kedai manakah yang membawa masuk komponen ini.


Komen ()