Cari @ Amanz

Oppo K10 Dilancarkan Dengan Snapdragon 680, Kamera 50MP

Link Copied!

Oppo K10 diumumkan secara rasminya sebentar tadi di India. Ia merupakan peranti dengan janaan cip Snapdragon 680 dan kamera utama 50MP. Ini juga adalah cip yang sama digunakan oleh peranti sedia ada seperti Realme 9i, Huawei Nova 9 SE, Redmi Note 11S dan sebagainya.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo K10 dilengkapi skrin sebesar 6.59-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan nisbah skrin-ke-badan mencapai 90.8%. Ia juga dipadankan dengan GPU Adreno 610, memori mencapai 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 128GB (UFS 2.2). Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Sistem tri-kamera terdiri dengan 50MP + 2MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.0, pengimbas cap jari di sisi dan sebagainya. Di India, Oppo K10 dijual pada harga Rs.14,990 (~RM831) (6GB/128GB) dan Rs.16,990 (~RM942) (8GB/128GB).


Komen ()