Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba produktiviti yang hadir dengan tanda harga yang agak mampu milik, Huawei Malaysia kini dilihat sedang menawarkan komputer riba Huawei Matebook D15 mereka pada tanda harga yang cukup menarik.

Pada laman web mereka, Huawei Matebook D15 yang dikuasakan CPU Intel Core i3, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD sebesar 256GB sedang ditawarkan pada harga RM2099, iaitu penurunan harga RM300 berbanding dengan harga sebelum ini.
Sekiranya anda mahukan sesuatu dengan kuasa pemprosesan yang sedikit lebih berkuasa, model sama dengan pilihan CPU Intel Core i5 sedang ditawarkan pada harga RM2799, iaitu diskaun RM200 lebih rendah daripada harga jualan biasa.
Pembelian model Intel Core i3 akan hadir dengan beg galas dan juga tetikus nirwayar percuma, manakala pembelian model Intel Core i5 akan tiba dengan beg galas percuma sahaja.

Anda boleh memilih untuk membeli komputer riba ini di kedai fizikal Huawei Malaysia ataupun laman web mereka. Promosi harga diskaun ini akan berakhir pada 31 Mac 2022 ini, ataupun sehingga stok masih ada.