Samsung kini membawa masuk satu lagi telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Samsung Galaxy M33 5G.
Telefon pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 6.6-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip 5nm Exynos 1280, memori 8GB RAM, dan storan 128GB.
Melengkapkan peranti ini adalah bateri 5000mAh, dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Ia turut hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor 50MP, selain kamera swafoto 8-megapixel untuk swafoto. Telefon ini menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Samsung Malaysia menjual telefon pintar ini pada harga RM1499, tetapi bersempena dengan jualan pengenalan atara 27 ke 29 Mac 2022, ia akan ditawarkan pada harga RM1399 melalui Lazada.