Carian
Instagram Membawa Kembali Ciri Paparan Secara Kronologi
March 24, 2022 Aman

Instagram hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini secara berperingkat kepada pengguna global, sekaligus membawa kembali ciri paparan garis masa di tab utama secara kronologi.

Untuk makluman, sebelum ini sebelum 2016, Instagram memaparkan perkongsian secara kronologi, tetapi mereka beralih kepada paparan secara algoritma selepas itu.

Paparan secara algoritma digunakan dalam memastikan pengguna menghabiskan masa lebih lama pada aplikasi berkenaan – namun akhir-akhir ini, ia membawa kepada pelbagai perbincangan lanjutan oleh pihak berkuasa, dan tidak begitu sihat untuk belia dan remaja pada platform berkenaan.

Untuk paparan secara kronologi, anda hanya perlu melakukan pilihan paparan “Following”, sekaligus memudahkan anda melihat semua perkongsian daripada mereka yang anda ikuti secara kronologi.

Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat. Bersama paparan secara kronologi melalui pilihan “Following”, pengguna juga boleh memilih sehingga 50 akaun yang diminati, dan melihat kemaskini daripada akaun berkenaan dibawah paparan “Favourites”.

Komen