Carian
Pencipta GIF Meninggal Dunia Akibat Covid
March 24, 2022 Effi Saharudin

Stephen Wilhite ialah pencipta format fail Graphics Interchange Format (GIF) telah meninggal dunia Kematian beliau hanya disahkan hari ini walaupun beliau sebenarnya telah meninggal dunia pada 14 Mac yang lalu akibat penyakit Covid-19.

Format GIF dicipta oleh beliau pada tahun 1987 ketika bertugas di Compuserve sebagai format yang dioptimasikan untuk digunakan bersama dengan teknologi modem pada waktu tersebut. Format ini kemudiannya digantikan oleh format JPEG yang menawarkan kualiti yang lebih tinggi selari dengan kelajuan Internet yang semakin pantas.

Ia walau bagaimanapun kembali popular di tahun 2000an kerana membolehkan animasi dimainkan dalam format fail yang kecil. Bagi yang masih tertanya-tanya apakah sebutan yang betul untuk GIF, Wilhite mengesahkan ia adalah “JIF”.

Komen