Google Kini Menawarkan Pilihan Pembayaran Luar Daripada Play Store – Bermula Dengan Spotify

Diterbitkan pada Mac 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila anda memuat turun sesuatu aplikasi daripada Google Play Store, jika aplikasi itu memerlukan pembayaran untuk belian dalam aplikasi atau bayaran langganan – semua pembayaran perlu dilakukan mengikut gedung aplikasi tersebut. Sistem pembayaran ini dinamakan sebagai Google Play Billing dan pengguna perlu membayar menggunakan kad debit, kredit, kad prabayar, kredit Play, ShopeePay atau pembayaran di kaunter 7-Eleven.

ShopeePay

Dengan sistem pembayaran ini, Google mengenakan caj tambahan kepada pembangun dan sejak kebelakangan ini ia telah menjadi satu isu besar sehingga Google dikenakan tindakan. Sama seperti kes Epic Games dan Apple. Terkini, Google mula mendengar kehendak para pembangun dan mula menawarkan User Choice Billing iaitu pengebilan pilihan pengguna.

Pengguna boleh memilih sama ada ingin melakukan pembayaran melalui Google Play Store atau daripada sistem pembayaran yang disediakan oleh pembangun aplikasi. Spotify adalah yang pertama yang boleh melakukan pembayaran seperti ini.

Spotify turut menyatakan mereka akan bekerjasama dengan Google untuk memastikan segala proses pembayaran adalah lancar dan memudahkan pengguna. Walaupun begitu, Google masih menggalakkan pengguna menggunakan Google Play Billing kerana ia lebih selamat. Google memberi peluang kepada Spotify kerana jumlah pelanggan yang besar dan merupakan antara pembangun dengan jumlah langganan terbesar.

Apa kata anda, anda pilih bayar ikut Google atau terus bayar ikut Spotify?

komen


© Amanz / 2022 Kami