Greenroom adalah aplikasi perbualan audio daripada Sptoify. Ia adalah aplikasi Locker Room oleh Bttey Labs yang dibeli oleh Spotify dan dijenamakan semula sahaja. Namun dengan Clubhouse yang mempunyai lebih ramai pengguna dan Twitter Spaces yang dilihat lebih aktif – penggunaan Greenroom dilihat tidak begitu memberangsangkan.

Terkini menurut Bloomberg, Greenroom akan dijenamakan semula kepada Spotify Live dan ia akan diintegrasikan terus dalam aplikais utama Spotify. Ia juga akan diubah menjadi satu aplikasi untuk komuniti di mana pencipta kandungan boleh bersama-sama berbual dengan para pendengar.
Perubahan ini dikatakan akan berlaku sekitar suku kedua tahun 2022. Turut tidak pasti jika ia akan diedarkan secara meluas atau terhad di beberapa negara sahaja.
- Sumber: Bloomberg