Selepas ASUS, ZOTAC dan EVGA dilihat mengemaskini tanda harga kad-kad grafik NVIDIA GeForce mereka, kini tiba giliran Palit pula untuk memperlihatkan penurunan tanda harga kad-kad grafik mereka.
Palit dilihat memperkenalkan sejumlah besar model kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 3000, termasuklah NVIDIA GeForce RTX 3050 sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 3090. Pengurangan tanda harga yang diperlihatkan oleh NVIDIA dilihat setinggi RM2100 untuk kad grafik Palit RTX 3090 Gamerock yang kini berharga RM8899 berbanding RM10999 sebelum ini.

Kad grafik Palit RTX 3070Ti Gamerock OC memperlihatkan penurunan harga RM830 dari RM4399 ke RM3569 manakala Palit RTX 3060 Dual memperlihatkan penurunan harga RM440 dari RM2339 ke RM1899.
Connectex yang membawa masuk kad-kad grafik Palit ini ke pasaran tempatan turut memperlihatkan senarai kedai-kedai yang anda boleh pergi untuk membeli kad-kad grafik ini sekarang.