Cari @ Amanz

Astro Fibre – Perkhidmatan Internet Tersendiri Astro, Dengan Kelajuan Sehingga 800Mbps

Oleh Aman

Link Copied!

Astro pada tahun lepas telah menyatakan hasrat untuk menjadi penyedia perkhidmatan internet, dan umum kerjasama dengan pihak Telekom Malaysia. Lanjutan daripadanya, hari ini Astro memperkenalkan perkhidmatan internet mereka dinamakan Astro Fibre.

Astro Fibre hadir dengan pakej bermula 50Mbps sehingga ke 800Mbps, dan pada masa yang sama turut menyertakan penawaran bersama perkhidmatan kandungan televisyen langganan Astro.

Dengan melanggannya, pengguna akan terima sebuah modem, penghala WiFi, dan juga Ultra/Ulti Box untuk tonton kandungan pada kaca televisyen. Bersempena tempoh promosi, pengguna juga akan diberikan dengan satu unit Mesh secara percuma.

Melalui pakej yang ditawarkan, ia hadir dengan pelan 50Mbps bersama berkas perkhidmatan kandungan pada harga RM158.99 sebulan. Astro Fibre juga turut menyediakan pilihan pakej sehingga 800Mbps bersama langganan pakej kandungan Platinum pada harga mencapai RM443.99 – yang turut menyertakan akses ke perkhidmatan penstriman.

Buat masa ini, melalui laman rasmi Astro Fibre, masih tiada pilihan khusus untuk pelan internet sahaja – walaupun ia disenaraikan pada halaman FAQ bersama harga khususnya.

Dengan penyertaan pihak Astro ini, kini pengguna dilihat mempunyai lebih banyak pilihan penyedia internet di pasaran – selain lebih berjimat berbanding melanggannya secara berasingan.


Komen ()