Acara hari ini turut memperlihatkan terdapat beberapa peranti pintar baharu lain yang diperkenalkan, sebentar tadi. Ianya adalah Realme Narzo 50 dengan janaan cip MediaTek Helio G96. Sementara itu, Realme Narzo 50A Prime pula adalah peranti lengkap dengan cip pemproses Unisoc T612.


Bagi yang berminat, Realme Narzo 50 dijual pada harga bermula RM699 (4GB/64GB) dan RM799 (6GB/128GB). Sementara itu, Realme Narzo 50A Prime pula berharga bermula RM629 (4GB/64GB) dan RM679 (6GB/128GB). Kedua-duanya bagaimanapun boleh dibeli pada harga promosi lebih murah bermula RM649 (4GB/64GB) dan RM729 (6GB/128) untuk Realme Narzo 50. Manakala, Realme Narzo 50A Prime pula boleh dimiliki pada harga bermula RM529 (4GB/64GB) dan RM579 (6GB/128GB). Promosi ditawarkan secara eksklusif di Shopee dan terhad di antara tarikh 27 – 29 Mac 2022 untuk Realme Narzo 50, sementara itu Realme Narzo 50A Prime pula pada 25 – 26 Mac 2022.

Realme Narzo 50 dilengkapi skrin sebesar 6.6-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan janaan cip MediaTek Helio G96, memori mencapai 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Turut melengkapi peranti, sistem tri-kamera dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, menjalankan Realme UI 2.0 berasaskan Android 11, bluetooth 5.1 dan sebagainya.

Realme Narzo 50A Prime pula menggunakan skrin sebesar 6.6-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula standard. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc T612, memori 4GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 18W. Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP (B&W) + 2MP (makro), sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, slot sim dengan tiga ruangan berbeza, port sambungan USB-C, menjalankan Relme UI R edition, bluetooth 5.0 dan sebagainya.