Cari @ Amanz

Apple Music adalah antara alternatif terbaik kepada Spotify sebagai platform penstriman muzik. Ia tidak terhad kepada platform Apple sahaja dan peranti Android juga boleh menggunakannya. Selain itu, Apple Music turut menawarkan harga langganan yang lebih murah di pasaran dengan sokongan audio nirhilang.

Akhirnya selepas sekian lama, Apple mengemaskini aplikasi Apple Music untuk Android mereka dengan sokongan widget yang lebih kemas. Widget baharu ini kini apabila muzik dimainkan, warna widget akan mengikut warna pada imej kenit album/muzik yang sedang dimainkan. Ia tidak lagi memaparkan warna merah cerah seperti sebelum ini.

Walaupun ia sudah adaptif mengikut warna daripada muzik/album yang sedang dimainkan, ia masih lagi menggunakan kod tersendiri dan tidak menggunakan sokongan Material You Android 12 yang akan berubah mengikut warna latar. Mengikut jenis peranti yang digunakan, dua widget yang ditawarkan akan hadir dengan dua saiz lalai 4×1 atau 4×2 atau 3×1 dan 3×2.

Widget kecil mempunyai sokongan main/jeda dan langkau/kembali, manakala widget besar menawarkan imej kenit muzik dimainkan pada saiz besar dan ada imej kenit album lain tersusun dalam bentuk grid di bawahnya. Perubahan ini berada dalam Apple Music versi 3.9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd