Cari @ Amanz

Antara masalah ciri pemesejan dalam kebanyakan aplikasi media sosial adalah ciri carian mesej. Dalam Facebook atau Instagram biasanya carian di ruangan mesej peribadi hanya boleh mencari kenalan yang pernah atau yang ingin pengguna hantar mesej. Tetapi mesej dihantar, jika ingin mencari ayat – ia tidak menyokong carian dengan kata kunci.

Terkini Twitter telah mengemaskini aplikasi mereka dengan sokongan ini. Pengguna kini boleh melakukan carian dalam DM di Twitter untuk mencari mesej spesifik. Contoh jika anda pernah menjemput rakan anda untuk makan di sebuah restoran menarik dan ingin kembali mencari restoran itu untuk makan sekali lagi bersama dengan yang tersayang, cari sahaja kata kunci restoran dalam bar carian di atas.

Aplikasi Twitter kemudian akan memaparkan keputusan carian untuk semua mesej yang mengandungi perkataan restoran. Ciri ini hadir untuk kedua-dua peranti iOS dan Android, jika anda menggunakannya ada tab khusus untuk mesej terpapar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd