Maxis Dan Teladan Setia Bekerjasama Untuk Membawa Internet Berkelajuan Tinggi Di Melaka

Diterbitkan pada Mac 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Te;adan Setia, sebuah syarikat pemaju hartanah di Melaka dan Maxis hari ini telah menandatangani kerjasama yang akan membawa sambungan internet gentian optik syarikat telekomunikasi tersebut ke rumah-rumah yang dibangunkan oleh pemaju tersebut.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan sambungan internet sebagai sebuah perkhidmatan asas di Malaysia, Teladan Setia mengatakan bahawa Maxis akan membekalkan sambungan internet berkelajuan tinggi kepada para penduduk di Taman Bertam Heights, Melaka.

dan

“Kami berbesar hati dilantik oleh Teladan Setia untuk menyediakan kesalinghubungan kepada penduduk mereka. Jalur lebar fiber berkelajuan tinggi mengubah cara kita berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan semasa dan juga masa hadapan seperti keselamatan, perbankan, hiburan dan banyak lagi. Melalui rangkaian fiber kami, keupayaan dan pilihan pelan fiber rumah yang menarik, kami dapat membuka kemungkinan untuk perkhidmatan digital ini, disokong oleh pengalaman kesalinghubungan yang hebat. Ini adalah contoh komitmen kami untuk berkhidmat demi rakyat Malaysia dengan Rangkaian Menyeluruh kami,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

Melalui perjanjian ini, Maxis akan membangunkan, menguji dan menyediakan infrastruktur internet terpasang kepada 2100 rumah di Taman Bertam Heights dlam masa terdekat ini, yang mana di masa akan datang, Maxis juga akan menyediakan sambungan internet kepada lebih 10,000 rumah di sekitar negeri tersebut.

Maxis dilihat akan menawarkan pelan Maxis Home Fiber sedia ada mereka untuk para penduduk yang mana ia hadir dengan pelan sehingga 800Mbps yang boleh dimanfaatkan menggunakan penghala WiFi6 untuk tujuan pembelajaran, pekerjaan dan juga riadah dalam satu pakej secara terus.

komen


© Amanz / 2022 Kami