Cari @ Amanz

Black Shark 5 Akan Dilancarkan Pada 30 Mac 2022

Link Copied!

Berita mengenai kewujudan siri Black Shark 5 telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu. Ia bakal menjadi model kemas kini untuk siri BlackShark 4 dan dikhabarkan lengkap dengan sejumlah penambah-baikan menarik.

Sungguhpun begitu, tarikh pelancaran untuknya kekal menjadi tanda tanya sehinggalah kini ia didedahkan secara terbuka. Peranti ini disahkan akan dilancarkan di China pada penghujung bulan ini iaitu 30 Mac 2022. Tiada butiran lengkap mengenai spesifikasi pada peranti yang dikongsi pada perkongsian berkenaan. Dalam pada itu, turut sama tidak dapat dipastikan berapa bilangan model yang bakal diumumkan kelak.

Namun, terdapat desas-desus yang mengatakan terdapat sekurang-kurangnya dua model yang mungkin diumumkan kelak. Ini termasuklah Black Shark 5 dengan janaan cip Snapdragon 870, sementara itu Black Shark 5 Pro pula lengkap dengan Snapdragon 8 Gen1. Seperti biasa, penawaran lengkap akan diketahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi..

Sumber : Weibo


Komen ()