Carian
Samsung Mungkin Melancarkan Tiga Peranti Skrin Boleh-Lipat Tahun Ini
March 24, 2022 Effi Saharudin

Siri Galaxy Z setakat ini hanya terdiri daripada dua peranti iaitu Galazy Z Fold dengan skrin besar dan Galaxy Z Flip dengan rekaan yang lebih kompak. Tetapi laman Galaxy Club menemukan nama kod untuk tiga peranti baharu iaitu B4, Q4, dan N4. B4 dan Q4 adalah untuk Galaxy Z Flip4 dan Q4 pula adalah untuk Galaxy Z Fold4.

Ini menimbulkan spekulasi mengenai N4 yang masih lagi misteri. Apakah rekaan yang bakal digunakan pada peranti skrin boleh-lipat ketiga ini. Samsung mempunyai beberapa paten untuk peranti skrin boleh-lipat yang menarik. Sebagai contoh ialah peranti dengan tri skrin lipat yang prototaipnya telah diperlihatkan tahun lalu bersama dengan skrin boleh gulung.

N4 juga mungkin sebuah tablet yang boleh lipat yang rekaannya juga telah diacah sebelum ini. Samsung memonopoli pasaran telefon boleh-lipat pada tahun 2021 dengan majoriti model yang dijual adalah Z Flip3. Sungguhpun begitu Galaxy Club berkata pengeluaran N4 adalah pada skala lebih kecil berbanding B4 dan Q4.

Komen