Rasmi : OnePlus 10 Pro Akan Dilancarkan Pada 31 Mac

Diterbitkan pada Mac 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus kini mengesahkan mereka akan melancarkan OnePlus 10 Pro pada peringkat global pada 31 Mac 2022 ini.

Untuk makluman, peranti ini telah pun dilancarkan di China sebelum ini. OnePlus 10 Pro hadir dengan skrin 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB LPDDR5 RAM, dan storan 256GB UFS 3.1.

OnePlus 10 Pro turut dilengkapi dengan bateri 5000mAh denga sokongan pengecasan Oppo SuperVOOC.

Melengkapkan ia juga adalah tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain penjenamaan teknologi Hasselblad.

Dengan pelbagai perkara sedia diketahui ini, sama-sama kita nantikan lanjut apakah kejutan yang disediakan oleh OnePlus pada acara berkenaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami