NVIDIA Berminat Menggunakan Intel Untuk Menghasilkan Cip
March 24, 2022
Intel
NVIDIA
Aman
CEO NVIDIA kini menyatakan mereka berminat untuk melihat kepada menggunakan kepakaran Intel dalam pengeluaran cip milik NVIDIA.
Pada tahun lepas, Intel sedia memperluaskan perniagaan mereka dengan turut menawarkan khidmat faundri penghasilan cip kepada pengeluar-pengeluar lain. Selari dengannya juga, Intel telah melakukan pelaburan tinggi dalam membangunkan pusat pengeluaran.
Intel sedia mengatakan Qualcomm akan menjadi antara pelanggan mereka – dan komen daripada NVIDIA terbaru ini semestinya akan turut membantu perniagaan mereka.
Pihak NVIDIA dan Intel masih pada peringkat perbincangan lagi. Buat masa ini, NVIDIA masih menggunakan khidmat TSMC dalam pengeluaran cip mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.