Pihak PUBG Mobile kini membuat kejutan dan bekerjasama dengan pihak Sony, dan memasarkan Xperia sebagai telefon rasmi untuk kejohanan global PUBG Mobile untuk tahun 2022 ini.
Menariknya, walaupun siri Xperia tidak dipasarkan sepenuhnya dengan fokus terhadap permainan video, ia masih menawarkan ciri-ciri dan sesuai untuk permainan video – termasuk cip pemprosesan berkuasa, skrin yang cantik, dan sokongan kadar segar semula mencapai 120Hz.
Ini juga secara tidak langsung memperlihatkan Sony kini telah mula aktif dalam pemasaran peranti-peranti mereka kembali.
Jadi, adakah anda akan memilih Xperia sebagai telefon gaming anda yang seterusnya?