Akaun Twitter Oppo Malaysia Digodam Dan Berubah Menjadi Elon Musk Untuk Seketika

Diterbitkan pada Mac 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pagi tadi akaun Twitter rasmi Oppo Malaysia telah menjadi mangsa godam dengan ia secara tiba-tiba menghantar ciapan sebagai Elon Musk. Insiden berlaku sekali 9 pagi dengan puluhan ciapan mengenai teknologi swapandu Tesla dan pautan ke bitcoin dihantar.

Avatar akaun juga diubah ke gambar yang sama digunakan oleh akaun sebenar Elon Musk. Oppo Malaysia bukan akaun tempatan pertama yang digodam untuk menghantar ciapan aneh berkenan kripto. Minggu ini akaun Twitter Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang turut menjadi mangsa godam. Pastikan akaun media sosial anda menggunakan pengesahan dwi-faktor bagi mengelakkan diri turut menjadi mangsa.

komen


© Amanz / 2022 Kami