Cari @ Amanz

Pil perancang kehamilan untuk wanita telah wujud sejak 1960an tetapi untuk lelaki ia masih belum wujud kerana mekanisme untuk mengawal kesuburan masih belum ditemukan. Penyelidik dari University of Minnesota telah berjaya menguji pil perancangan kehamilan untuk lelaki pada tikus dengan keberkesanan 99%.

Sebatian yang diberi nama YCT529 didapati berjaya mensasarkan protein RAR-α yang diperlukan untuk pembahagian sel spermatozoa. Dengan RAR-α dikurangkan pada tubuh, spermatoza tidak dihasilkan untuk memandulkan tikus jantan. Situasi mandul hanyalah sementara dengan tikus jantan yang dihentikan pemberian YCT529 kembali menghasilkan zuriat selepas 4-6 minggu.

Kejayaan setakat hanya dilihat pada tikus makmal tetapi penyelidik akan memulakan ujian klinikal ke atas manusia pada penghujung 2022. Sekiranya berjaya, tugas merancang kehamilan tidak lagi sekadar ditanggung oleh wanita.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd